Wednesday, March 31, 2010

Karangan

Kehidupan Ella seperti tidak bernyawa lagi.Ella berasa sangat bosan di rumahnya.Ibubapanya selalu tidak ada di rumah kerana mereka selalu sibuk dengan kerja mereka dan selalu ke luar Negara. Kedua-dua kakaknya pula sudah berumahtangga dan telah tinggal di rumah mereka sendiri.

Ella berasa sangat sedih kerana tiada sesiapa pun yang ingin menjenguknya.Perbuatannya hanya ke sekolah,makan dan tidur.Itu sahaja Ella membuat selama ibubapanya tidak ada.Ella tidak mempunyai ramai kawan kerana dia selalu suka memilih kawan. Akhirnya ,dia hanya ada dua atau tiga kawan sahaja.

Sudah tiga minggu Ella berseorangan di rumah.Kedua-dua kakaknya tidak sekalipun menelefon atau menjenguknya di rumah.Keadaan Ella semakin teruk.Dia mula gagal dalam kelas ujiannya dan pelajarannya semakin merosot.Gurunya semakin bimbang dengan kerosotan pelajaran Ella.

Ella telah dipanggil oleh gurunya tetapi,dia enggan memberitahu gurunya apa masalah yang dia sedang hadapi.Dia juga telah dipanggil oleh kounselornya.Dia hanya berdiam diri.Gurunya bertanya nombor telefon kakaknya.

Selepas berbual di telefon bersama kakaknya,Ella pun pulang ke rumah.Ella seperti tidak bersemangat lagi dan dia selalu bersedih.Ella juga berasa sangat letih. Setiap hari,dia akan tidur pada waktu petang.

Hari keesokkannya,ibubapa Ella pulang.Ibubapanya tidak mahunya tahu kerana mereka ingin membuat suatu kejutan buat Ella.Kedua-due kakaknya menjemput kepulangan ibubapanya.Apabila mereka sampai,mereka ternampak Ella sedang terlentang di lantai.

Dengan segera bapa Ella menelefon ambulan.Apabila tiba di hospital,doctor merawat Ella lalu berkata bahawa Ella sedang kemurung.Semua keluarga Ella terkejut mendengar berita tersebut.Doktor berkata bahawa Ella tidak mendapat perhatian dari sesiapa.

Pada hari yang sama,ibu Ella mengambil cuti daripada kerja untuk menjaga Ella.Dengan kasih sayang daripada ibunya,Ella semakin sembuh.Kakaknya salalu menjenguknya.Setiap kali ibubapanya harus ke luar Negara,Ella akan tinggal bersama salah satu rumah kakaknya supaya dia tidak kesunyian.

No comments:

Post a Comment